Tak dapat pikir tajuk

Hidup ini tidak semudah yang kite sangka kan. Jalan hidup tidak sepanjang yang kita jangka kan. Batas perjalanan hidup sentiasa di luar kawalan kita. Apa yang dirancang tidak semestinya terlaksana sepertimana yang diharapkan. Bilamana harapan hanya tinggal harapan, di kala itu la Yang Esa menjelmakan diriNya. Di kala itu la Yang Esa mengharapkan kite mendekatkan diri padaNya.


 "DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung.."


Kenapaaa aku tak dapat benda tu..aku nak sangat!!!
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)


Kenapaaa laa dapat ujian seberat ni!!!
"...Allah tidak membebani seseorang  itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 216)


Usah berasa kecewa andai ditimpa bala dan malapetaka. Semuanye hanya dugaan semata.
"...Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang² yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang² yang beriman."  (Al-Imran: 139)


Teruskan lah bersabar sehingga tiba bertemu batas kesabaran diri. Tabahlah atas segala ujian dariNya."...Wahai orang² yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara² yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah² sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran: 200)


Aku tak dapat tahan!!!
".Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melaenkan kaum yang kafir." (Al-Yusuf: 12)


-Iklan nTV7-

Semalam kan, aku termimpi adik bongsu aku, yang paling aku sayang meninggal. Astagfirullah. Mainan tidur. Syaitan semua tu. Aku tahu. Tapi sebab aku terlalu sedih & terlalu takut benda tu macam terjadi, aku rasa macam nak kol sekolah dia tadi. Haish. Nasib baik takde num telepon. Orang kata, kalau mimpi pasal mati, itu maknanya panjang umur. Wallahualam. 



AzlinAzman



Mari Melukis

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Melukis. Lukisan. Terlukis. Dilukis. Ada ape dengan Lukisan? Orang putih muka merah-merah jambu bijik-bijik panggil ART. Kita mulut busuk makan petai bangsa Melayu panggil SENI. Aku tak paham sangat dengan seni ni. Tapi aku memang jiwa seni. Hahaha. Bukti? Bilik berselerak aku kata ia seni. Haha. Ok, tipu. Itu seni menyerabutkan kepala otak namanya. Bila aku conteng ketas dengan kaler aku kata itu seni. Bila aku melukis, tapi tak jadi pun, aku kata itu seni. Baju yang besar sana sini, penuh contengan aku kata itu seni. 

Aku memang suka sangat apa-apa yang berkaitan dengan Art ni. Mama aku yang suka ajar aku melukis dulu Psst: Nak tahu, Mama aku dapat A1 dalam ART dulu, err, maybe dulu panggil Grade kot? Then, nak sambung belajar masuk U, tapi takde duit. Hoho. Bila kahwin, jadi pelukis untuk anak-anak ajelah. Lukis Tom & Jerry, Sin Chan, Doraemon, Sailormoon, Totally Spies, Goku, banyak lagi lah. Aku pun dah lupa kartun zaman dulu. Yang bestnya, kami adik beradik hantar lukisan dekat rancangan Kartun TV3 tu. KFC hours ke apa entah. Semua tu Mama aku lukis actlly, kami mewarna je. Semua Mama aku tiru dari CD. HAHA. 

Siap dulu aku penah ade cita-cita nak jadi pelukis jalanan. Haha. Melukis tepi jalan, pakai baju serabut, selipar jamban. Oh. Itu sangat SENI tau? Mesti orang akan cakap serabai kan? Itu cakap orang bukan seni la kot. Hoho. Tapi tu angan-angan Minah Jenin jela. Sekarang ni banyak lukis jantung, penunu bunsen, balang itu ini untuk lab report -.-" Pendek kata, lukisan simpel je aku reti. Dasar tangan kayu. Takpe la. Bukan rezeki nak jadi artis jalanan. Hoh.


Sekarang ni terkenang watercolor Buncho kotak biru tu. Ape kaba la watercolor tu ye.




AzlinAzman




Mengukur Luas Kehidupan

Assalamualaikum

Mulakan dengan bismillah. Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Halau satan kiri kanan. Hembos kiri kanan. Ptuish. Oke cun.


Entah kenapa lately ni semakin rajen kepala ni berdenyut laju. Makin hari makin melaju pulak dia berdenyot sebelah kiri nih. Dulu pon memang melaju je die bedenyot. Migrain barangkali. Barangkali jugek ade kehidupan lain dlm kepala. Err, mungkin? Eh taktak. Merapu aku ni. Mungkin sebab ovedos ngadap laptop kot. Hmm, mungkin. Nak tahu? Bila aku sakit kepala berdenyut-denyut, aku anggap macam ada kehidupan lain dalam otak aku. Aku pikir, masa aku tengah berdenyut tu, maybe sebab 'orang-orang' dalam kehidupan dalammm otak aku ni tengah ketuk besi. Sebab tu aku berdenyut. Gile tak masuk akal kau ni Alin. Hahahaha. 


Ekceli kan, dulu aku diexpect ada 1 penyakit. Aku tak boleh bagitahu penyakit ape. Kihkihkih. Tapi penyakit yang boleh bawak mati. Masa tu baru darjah 4. Ada 1 hari, aku pening kepala. Pening yang amat sangat. Siap aku hampir pengsan. Yang aku ingat, mata aku jadi kabur-kabur. Bila aku buka mata, nampak macam siaran tv yang takde siaran. Paham tak? Line hitam putih. Ini serius. Itu yang aku nampak. Tetiba rasa macam buta kejap. Sangat takut waktu tu. Ingatkan dah buta. Sebelum aku jatuh, ada seorang kawan sempat sambut aku. Thanks Aisyah. Dia bagi minum air. Hehe. Then aku ok. Balik rumah, cerita dekat mama & abah. Mama diam. Abah lagi diam. Mama cakap, sebab penat kot. Hmm, yela KOT. 

After tu, aku jadi macam tu lagi. Tapi tadelah cerita dekat sape-sape. Aku memang suka simpan masalah sendiri kot. Agaknya lah -.-'.  Ada 1 hari, dah tak tahan, aku cerita dekat Mama & Abah. Mama & Abah bawa g hospital. Doc cakap, MUNGKIN 'penyakit' itu. Yang peliknya, lepas tu, aku tadelah makan ubat ke apa, and everything jadi ok sampailah sekarang. Yang membuatkan aku takut sampai sekarang, takut 'penyakit' tu menyerang lagi. Semoga terus dipanjangkan umur. 


Orang yang paling bijak, orang yang paling banyak mengingati mati. Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya. Aku bersyukur jugak, sebab 'penyakit' yang dulu muncul tapi sekarang lesap tu, buat aku sentiasa waspada, mungkin harini, esok, lusa, aku meninggal. Siapa tahu



AzlinAzman


Hak

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 




"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."



PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.





Aku harap, saat aku mahu meninggalkan dunia, aku dah sempurnakan semua ni. Banyak. 






AzlinAzman



Secebis Harapan

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Dalam hidup ini, mmg wujudnya 1001 keinginan. Juga 1001 harapan. Sememangnya kita akan cuba merancang dan mengatur hidup. Ada yang menyedari batas kuasa sendiri. Ada yang pandang sebelah mata. Ada pula yang buat tak tau. Sememangnye semua keinginan akan terjadi bukan seperti yang dirancangkan. Bila mana kita putus sedikit harapan dalam mencari erti hidup sendiri, di kala itu la kita cuba mendekati Allah Yang Esa. Kadangkala kita inginkan sesuatu terlalu dalam, tapi benda itu mendatangkan keburukan pada diri sendiri. Dan benda yang sememangnye kita tolak tepi..yang kita benci, benda itu la yang mendatangkan segala kebaikan pada diri sendiri. Hanya Allah yang tau menilai semua tu. Dan maksud Allah, tiada siapa yang tau.

Tapinya aku tau dalam sifat putus asa manusia, masih wujud lagi cebisan harapan kat lubuk hati msing-masing. Masih ade lagik 1.99% perasaan tanak berputus asa akan sesuatu. Betol bukan. Hidup dengan secebis harapan adalah lebih baik daripada takde harapan langsung. Dan mungkin harapan yang tinggal secebis ni dapat digandingkan dengan tawakal pada Allah. 




"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat" 
(Al-Ikhlas: ayat 2)


AzlinAzman


Pesanan untuk JANGAN

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Manusia.. hidupnya semacam layang². Berterbangan di langit tanpa tujuan. Tanpa arah. Bilamana tejumpa tali yg mengikat layang² tesebut, itulah tujuan dan arah satu kehidupan. Terimalah semuanya yg terjadi dalam kehidupan ini dengan seadanya..Redha lah dengan ketentuan Allah.


  • Jangan pernah membenci sesama manusia walaupon mereka membenci kita.
  • Jangan pernah menyakiti sesama manusia walaupon mereka menyakitkan kita.
  • Jangan pernah berhenti memberi peluang kerana sesungguhnya Allah tidak pernah berhenti memberi peluang kepada kita.
  • Jangan sekali pon berputus asa ke atas sesuatu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah berputus asa ke atas kita.
  • Jangan sesekali merungut di atas sesuatu yg terjadi kerana sesungguhnya Allah menimpakan perkara yg terbaik untuk kita.
  • Jangan sesekali melupakan sesame manusia walaupon mereka melupakan kita kerana sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan kita.
  • Jangan sesekali berasa marah sesama manusia kerana sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita.
  • Jangan sesekali berlaku tidak adil sesama manusia kerana Allah sentiasa adil pada hambaNya.
  • Jangan bertanya kenapa sesuatu itu terjadi kerana segala ketentuan Allah tidak seharusnya dipersoalkan.
  • Jangan pernah hilang kesabaran sesama manusia kerana sesungguhnya Allah sangat sabar dalam melayan kerenah hambaNya.
  • Jangan sesekali membalas sesama manusia atas perkara buruk yang terjadi ke atas kita kerana sesungguhnya Allah masih memberi peluang kepade hambaNya walau seterok mana pon layanan hambaNya.
  • Jangan pernah berhenti tersenyum atas apa yg terjadi walaupon hati sebaliknya.
  • Jangan pernah berhenti mengingati Allah kerana Allah tidak pernah lupakan kita.
  • Jangan sesekali mengharapkan sesuatu lain dari sepatotnya kerana sesungguhnya Allah menyuruh kita menghargai sesuatu itu sebelom ia hilang.
  • Jangan serik untuk mencuba kerana Allah tidak pernah serik terhadap kita.
  • Jangan pernah berhenti membantu sesama manusia kerana Allah sentiasa menolong kita.
  • Jangan pernah berhenti menyayangi sesama manusia kerana Allah tidak pernah membenci kita.
  • Jangan bertindak kasar sesama manusia kerana Allah tidak pernah berkasar ke atas kita.


Allah itu lebih berkuasa. Kita hanya manusia biasa. Sangat banyak benda dlm dunia yg kita tidak layak ke atasnya. Maka sentiasalah bersyukur pada Allah. Jangan curang kepadaNya. Dia tak pernah lupakan kita. Bersyukur kerana kita diberi berjuta peluang untuk menggerakkan saluran pernafasan. Bersyukur kerana kita hidop senang di dunia yg sementara ni. Bersyukur kerana Allah belom menarik nyawa kita. Sesungguhnya Allah memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepadanya. Keseronokan dunia hanyala sementara. Bersyukur dan terimalah semua dengan seadanya. Jangan pernah menyoal akan sesuatu yg diberi. Sesungguhnya itu semua nikmat Allah dan sesungguhnya yg hidup itu akan kembali kepadaNya. Bersyukur la kita semua dipertemukan. Semua tu ada hikmahnya. Sepertimana kita menjaga sesama manusia,sebegitu jugala kita menjaga diri sendiri.

Mungkin dengan perpisahan kita akan menghargai erti satu pertemuan. Teruskan la kehidupan ini sehingga mereka menangis akan pemergian kita yang tidak akan kembali dan kita tersenyum melihat mereka.


AzlinAzman


Azlin Azman

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Nama saya Nur Azlin bt Azman. Berumur 100 tahun bahagi 2 tolak 50 darab 56. Blog ni mula dihidupkan pada 14/5/2011 pada pukul 1.20 pagi. Sebelum ni saya ada 1 blog tapi ada sedikit masalah teknikal, hoho, jadi saya ambil keputusan untuk buat blog baru dengan nama baru dengan nama sendiri, Azlin Azman. 

Saya lebih suka ceritakan tentang hidup saya. Dan InsyaAllah sentiasa terapkan nilai agama, bukan saja untuk peringatan untuk semua orang malah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah ^^,


Saya sangat tak skema. Wahaha. Ok. Saya suka ketawa. Jadi jangan annoying dengan ' Wahahaha ' saya yang terlalu banyak. Saya suka blog-blog islamik yang santai, apa-apa saja tentang fashion, hijab, lelaki hensem yang berakhlak mulia, eh, apa-apa yang sangat cool sebab saya juga sangat cool. Wahaha. 


so best of luck to my new blog. hope it'll end up longer than the previous one. ;) InsyaAllah



menulis bercerita itu satu cara untuk lari dari kenyataan..
menulis bercerita itu satu cara untuk berkongsi kenyataan...
menulis bercerita itu untuk mencipta satu impian...
menulis bercerita itu untuk berkongsi satu impian...
menulis bercerita itu untuk berkongsi fikiran...
menulis bercerita itu untuk melahirkan perasaan yang gagal diluahkan...
menulis bercerita itu untuk berkosi pengalaman..
menulis bercerita itu untuk membuka mata khalayak yang membaca...
menulis bercerita itu untuk berkongsi rasa...
menulis bercerita itu hak siapa sahaja..

-Hlovate



AzlinAzman